
jika tiada lagi rinai gerimis
membasah tanah yg ku pijak
tandus yang mengejar runcing waktu
usah kirim tanya bila wanita enggan menangis lagi
kirimkan maksud bahawa tiada erti nya
merindu cahaya yang membias di kejauhan
ku bukan sesiapa lagi
sahara di hatiku yang turut meradang
menghempas timbunan pasir
tiada hembus dingin membawa debu cintaku
tuk mengirai cahaya rimbunan purnama
hapuslah rindu...
hapuslah namaku sekali
agarmu bebas ke mana pun juga
aku hanya sekedar bayang..
sahabat terima kasih untuk segalanya
ku tidak mengirim amarah
rajuk juga bukan
hanya menanyakan nilai sebuah persahabatan..
290911
hurul
Pusat Haemodailysis
Pakar Putera
Tidak ada komentar:
Posting Komentar